Laman facebook bagi HKSBP ke-40 kini boleh diakses di http://www.facebook.com/hksbp2013. Sebarang maklumat kini akan disebarkan melalui laman facebook dan laman web rasmi HKSBP iaitu http://hksbp.smss.edu.my.
Penubuhan Sekolah Berasrama Penuh (SBP), secara umumnya bermatlamat untuk mewujudkan peluang bagi pelajar-pelajar yang berpotensi mendapatkan pendidikan yang sempurna, teratur dan terkini dalam iklim persekolahan yang kondusif. Di samping menjayakan program pendidikan menengah yang berorientasikan sains bagi merealisasikan tuntutan Wawasan 2020, SBP juga sentiasa berusaha memberi pendidikan yang berkualiti, menyeluruh, berkesan dan seimbang dalam usaha melahirkan insan cemerlang, gemilang dan terbilang demi memartabatkan agama, bangsa dan kepimpinan negara pada masa depan. SBP merupakan wadah yang terbaik dan menjadi harapan sistem pendidikan negara untuk melahirkan pelajar yang memiliki kecemerlangan ilmu, kemapanan sahsiah, kesejagatan kepimpinan dan kejituan patriotisme.
Alamat :
Sekolah Menengah Sains Selangor,
Jalan Yaacob Latif,
Bandar Tun Razak,
56000 Kuala Lumpur.
E-mel :
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
No . Telefon :
03 91316093
03 91329721
No. Fax :
03 91300346